clip_image001

 

TARIKH: 2 MAY 2009(SABTU)

TEMPAT: DI TEPI TASIK HUTAN SIMPAN NIZHNY

MASA : 8.00A.M(BERKUMPUL DI PERKARANGAN 3RD HOSTEL)

 

Jom la bersama-sama kite ke Hari Keluarga 2009..pasti menarik dan tertarik…sila hantarkan penyertaan anda kepada wakil kami yang berdekatan-

 

WAKIL2 HOSTEL:

1ST : HALIM/EZWAN

(+79200316761)

3RD : PALIKI/JAMZURI

(+79200124249)

5TH : HASNUL/CHE TIN

(+79200196928/+79200431280)

atau email kepada saudara Ezwan Suryakarta Bin Mohd Som ez_ashzwan@hotmail.com

 

-HARI KELUARGA 2008-

P1016964P1016975 

P1016979 P1017000

P1017088 P1017105 

P1017318 P1017331

P1017369 P1017261

Anjuran :

Kelab UMNO Nizhny Novgorod

PPIM student chapter Nizhny Novgorod

Advertisements

Pada 21 Disember 2008 bersamaan dengan 10 Zulhijah 1429H,satu majlis keramaian di anjurkan oleh Kelab UMNO Nizhny  diadakan di bilik 107 Hostel 3. Seperti tahun lepas, majlis Hari Raya Aidiladha juga diadakan oleh Kelab UMNO dan majlis dihadiri oleh semua kaum muslimin dan muslimat dari pelbagai tahun.

Seramai lebih 110 ahli Kelab UMNO Nizhny berdaftar telah datang bagi memeriahkan lagi suasana menjelang hari lebaran ini. Tujuan majlis diadakan adalah untuk mengeratkan siratulrahim di kalangan pelajar dan memupuk semangat kerjasama diantara ahli kelab. Sebanyak 20kg daging kambing telah disembelih dan diedarkan kepada semua ahli untuk memasak.

Persiapan telah diadakan seawal sebelum hari raya menjelang. Setiap ahli di pertanggungjawabkan bersama ahli-ahli lain untuk memasak pelbagai aneka lauk seperti,kari daging dan juga sup tulang. Tepat jam 7 petang selepas solat maghrib berjemaah, jamuan makan diadakan dan setiap orang akan dapat merasa sedikit lauk- pauk yang telah di masak.Pelajar lelaki makan di tingkat 3 manakala pelajar perempuan di bilik 107.Jamuan akhir pada jam 10 malam.

Kelab Umno Luar Negara

Kelab Umno Luar Negara

Mesyuarat Agung Kelab UMNO Nizhny Novgorod  yang pertama telah julung- julung kali  diadakan pada 13-September 2008. Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk menyusun semula organisasi Kelab UMNO Niznhy buat sesi 2008/2009 dan juga bagi membincangkan misi, visi kelab ini di tubuhkan.

Semua ahli kelab berdaftar dan juga ahli baru tidak berdaftar telah berkumpul pada jam 5 petang di bilik 107 Hostel 3. Kehadiran ahli lama dan baru telah di alu-alukan oleh AJK lama dan yuran ahli sebanyak 10 Rubel telah di kutip. Mesyuarat telah dimulakan sedikit lewat pada jam 5.30 petang kerana masalah-masalah teknikal yang tidak dapat di elakan.

Majlis telah di acarakan  AJK Biro Penerangan  oleh saudara Ezwan Suryakarta Bin Mohd Som dengan sedikit pengenalan berkenaan penubuhan  Kelab UMNO Nizhny. Kelab setahun jagung ini sejak penubuhan pada jun 2007 telah banyak menjayakan pelbagai aktiviti tahunan. Agenda pertama ialah pembentangan semua aktiviti kelab sepanjang sesi dibentangkan bekas Setiasusaha Kelab UMNO oleh saudari Fatimah binti Azman.

Antara aktiviti yang telah dijalankan sepanjang sesi 2007/2008 ialah

  • Sambutan Hari Raya Aidilfitri
  • Sambutan Hari Raya Aidiladha
  • Orientasi pelajar
  • Iftar Jamai
  • Hari Keluarga

Majlis telah diteruskan dengan pembentangan laporan kewangan kelab UMNO sesi 2007/2008 oleh saudara Mohd Hafiz bin Ridzuan dengan harapan debit kredit kelab tidak disalah gunakan dan ucapan daripada naib presiden kelab UMNO 2007/2008,saudara Mohd Fadzli bin Zahari.

Acara kemuncak mesyuarat adalah pencalonan dan undian majlis tertinggi kelab UMNO sesi 2008/2009 bagi melantik AJK baru bagi melicinkan pentadbiran kelab dengan kedatangan AJK baru seterusnya melahirkan generasi pelapis yang akan memimpin kelab itu di masa akan datang. Berikut adalah keputusan calon baru yang telah dicapai dengan undian majoriti dari ahli kelab:

  1. Pengerusi:Mohd Fadzli bin Zahari
  2. Naib Pengerusi:Mohd Hafiz bin Ridzuan
  3. Bendahari:Wan Muhammad Zulhusni bin Abd Halim
  4. Naib Bendahari:Fatin Hanani bintiChe Juha
  5. Setiausaha:Maizatul Asiah binti Mat Said
  6. Naib Setiausaha:Fatimah binti Othman
  7. Juruaudit 1:Mohd Jamzuri Ammir bin Baharuddin
  8. Juruaudit 2:Mohd Hasnul Helmi bin Zulkifli
  9. Biro Penerangan:Ezwan Suryakarta bin Mohd Som, Siti Khadijah binti Mohd Mokhtar

Selepas itu,memandangkan mesyuarat telah diadakan menjelang Ramadhan Al-Mubarak iaitu bulan umat muslim berpuasa, majlis telah diakhiri dengan jamuan berbuka puasa dengan juadah yang telah disediakan khas oleh pihak Kelab UMNO dengan menu Nasi Ayam special serta aneka juadah telah di nikmati oleh ahli kelab dengan gembiranya.