Pada 21 Disember 2008 bersamaan dengan 10 Zulhijah 1429H,satu majlis keramaian di anjurkan oleh Kelab UMNO Nizhny  diadakan di bilik 107 Hostel 3. Seperti tahun lepas, majlis Hari Raya Aidiladha juga diadakan oleh Kelab UMNO dan majlis dihadiri oleh semua kaum muslimin dan muslimat dari pelbagai tahun.

Seramai lebih 110 ahli Kelab UMNO Nizhny berdaftar telah datang bagi memeriahkan lagi suasana menjelang hari lebaran ini. Tujuan majlis diadakan adalah untuk mengeratkan siratulrahim di kalangan pelajar dan memupuk semangat kerjasama diantara ahli kelab. Sebanyak 20kg daging kambing telah disembelih dan diedarkan kepada semua ahli untuk memasak.

Persiapan telah diadakan seawal sebelum hari raya menjelang. Setiap ahli di pertanggungjawabkan bersama ahli-ahli lain untuk memasak pelbagai aneka lauk seperti,kari daging dan juga sup tulang. Tepat jam 7 petang selepas solat maghrib berjemaah, jamuan makan diadakan dan setiap orang akan dapat merasa sedikit lauk- pauk yang telah di masak.Pelajar lelaki makan di tingkat 3 manakala pelajar perempuan di bilik 107.Jamuan akhir pada jam 10 malam.

Advertisement