
Kelab Umno Luar Negara
Mesyuarat Agung Kelab UMNO Nizhny Novgorod yang pertama telah julung- julung kali diadakan pada 13-September 2008. Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk menyusun semula organisasi Kelab UMNO Niznhy buat sesi 2008/2009 dan juga bagi membincangkan misi, visi kelab ini di tubuhkan.
Semua ahli kelab berdaftar dan juga ahli baru tidak berdaftar telah berkumpul pada jam 5 petang di bilik 107 Hostel 3. Kehadiran ahli lama dan baru telah di alu-alukan oleh AJK lama dan yuran ahli sebanyak 10 Rubel telah di kutip. Mesyuarat telah dimulakan sedikit lewat pada jam 5.30 petang kerana masalah-masalah teknikal yang tidak dapat di elakan.
Majlis telah di acarakan AJK Biro Penerangan oleh saudara Ezwan Suryakarta Bin Mohd Som dengan sedikit pengenalan berkenaan penubuhan Kelab UMNO Nizhny. Kelab setahun jagung ini sejak penubuhan pada jun 2007 telah banyak menjayakan pelbagai aktiviti tahunan. Agenda pertama ialah pembentangan semua aktiviti kelab sepanjang sesi dibentangkan bekas Setiasusaha Kelab UMNO oleh saudari Fatimah binti Azman.
Antara aktiviti yang telah dijalankan sepanjang sesi 2007/2008 ialah
- Sambutan Hari Raya Aidilfitri
- Sambutan Hari Raya Aidiladha
- Orientasi pelajar
- Iftar Jamai
- Hari Keluarga
Majlis telah diteruskan dengan pembentangan laporan kewangan kelab UMNO sesi 2007/2008 oleh saudara Mohd Hafiz bin Ridzuan dengan harapan debit kredit kelab tidak disalah gunakan dan ucapan daripada naib presiden kelab UMNO 2007/2008,saudara Mohd Fadzli bin Zahari.
Acara kemuncak mesyuarat adalah pencalonan dan undian majlis tertinggi kelab UMNO sesi 2008/2009 bagi melantik AJK baru bagi melicinkan pentadbiran kelab dengan kedatangan AJK baru seterusnya melahirkan generasi pelapis yang akan memimpin kelab itu di masa akan datang. Berikut adalah keputusan calon baru yang telah dicapai dengan undian majoriti dari ahli kelab:
- Pengerusi:Mohd Fadzli bin Zahari
- Naib Pengerusi:Mohd Hafiz bin Ridzuan
- Bendahari:Wan Muhammad Zulhusni bin Abd Halim
- Naib Bendahari:Fatin Hanani bintiChe Juha
- Setiausaha:Maizatul Asiah binti Mat Said
- Naib Setiausaha:Fatimah binti Othman
- Juruaudit 1:Mohd Jamzuri Ammir bin Baharuddin
- Juruaudit 2:Mohd Hasnul Helmi bin Zulkifli
- Biro Penerangan:Ezwan Suryakarta bin Mohd Som, Siti Khadijah binti Mohd Mokhtar
Selepas itu,memandangkan mesyuarat telah diadakan menjelang Ramadhan Al-Mubarak iaitu bulan umat muslim berpuasa, majlis telah diakhiri dengan jamuan berbuka puasa dengan juadah yang telah disediakan khas oleh pihak Kelab UMNO dengan menu Nasi Ayam special serta aneka juadah telah di nikmati oleh ahli kelab dengan gembiranya.